Friday, February 18, 2011

20110218 training oooo...training...

20110218

Salam....

Hari ni sebenarnya tak de la bz sangat kt opis aku. Cumanya aktiviti malam agak meletihkan sikit. Aku cuba wujudkan kembali perkara yang agak lama aku tinggal. Walaupun rasanya aku dah macam tak layak nak buat perkara ni, tapi aku gagahkan juga disebabkan semangat yang aku dapat dari orang lain.

Aku cuba ingat kembali apa yang aku belajar dulu, yang pernah aku lalui masa zaman muda-muda dulu (kira sekarang aku dah bangka dah...hahahaha!!!) Waktu dulu, masa muda-muda dulu, masa tu stamina ok lagi. Tapi sekarang aku dah rasa macam semput. Huhuhu!!!! Almaklum laaaa...bila masa aku nk pergi jog, bila masa aku nak pegi training dengan kerja yang agak berlambak yang perlu aku selesaikan sebelum aku berangkat ke Kluang, Johor sebab kursus...huhu!!!

Aku cakap kat bebudak yang aku buat tu, korang yang agak-agak rasa nak mengeraskan badan ke, nak bina jati diri ke korang turun la training. Cumanya, aku hanya bole conduct untuk perkara-perkara yang asas saja. Yang lain korang kena asah sendiri. Ooo..lupa lak aku...perkara training ni bukan le maksudnya training bola ke apa ke...training silat olahraga maksud aku.

At the end of the training aku lecture la kat bebudak ni...melalui silat, korang bole explore dunia luar. Percaya tak? Tapi dengan syarat korang kena la ada rasa nak mengkaji dan rasa nak mencari ilmu dan aplikasikan perkara tu pada silat. Sounds quite silly is it? Tapi memang betul apa yang aku cakapkan tu. Cuba bayangkan, melalui ilmu sains pemakanan yang rasa aku ada dalam buku sains tingkatan 3,4 & 5 ada tentang kaitan antara makanan dan tenaga. Melalui perkara tu, cuba korang aplikasikan dengan silat. Agak-agak berguna atau tak? Pada aku kalau korang dapat balance antara permakanan dan tenaga, musti korang akan form gegila punya. Try la kalau tak percaya. Bunyi macam karut. Tapi hakikatnya? Yang lain aku tinggalkan untuk korang fikirkan sendiri.

Aku ada gak cabar bebudak yang aku train tu untuk berjaya dalam ilmu. Ambil sifat dalam silat, sentiasa mencari ilmu. Aplikasikan perkara tu dengan real life sekarang. Banyak gak perkara yang aku lecture kt bebudak tu. Aku bukan apa...aku hanya nak diorang berjaya dan aku tak nak diorang leka dengan apa yang ada kat sekeliling diorang je sebab itu semua akan buat diorang hanyut tanpa arah tujuan.

Akhirul blog, fikir-fikirkan...melalui seni bela diri, kita boleh membina diri sendiri agar menjadi lebih berjaya, mempunyai jati diri dan bersifat berani. Tak percaya? Cubalah!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home