Tuesday, February 15, 2011

20110215 Miskin...oh...miskin!!!

Salam...

Hari ni sebenarnya merupakan hari cuti umum sempena Maulidur Rasul. Kalau ikutkan aku malas nak kemana-mana hari ni. Ingat nak stay kt rumah je. Tapi bila mengenangkan ada lagi kerja yang belum diselesaikan, aku terpaksa keluar jugak laa...huhuhu!!!

Hari ni agenda aku dengan staf aku adalah buat siasatan berkenaan golongan miskin. Nak kata ramai tu tak la jugak...dalam 17 orang. Aku keluar dari rumah dengan staf aku dalam jam 1130 hrs. Destinasi pertama aku apa lagi...kedai makan dulu la...lapor beb!!! Then kami pun bergerak le ke kawasan siasatan (dah macam detektif la pulak!hahahaha!)

Berbekalkan kamera aku, pen dengan list yang penuh dengan nama-nama peserta, kami buat apa yang sepatutnya dibuat. Sebenarnya hari ni misi nak habiskan lebih kurang 11 orang je lagi sebab semalam aku dengan staf aku dah collect data 6 peserta. Hari ni kena pulak cuaca yang agak panas (biasa la...dh musim kemarau). Dari satu kampung ke satu kampung kami gerak. Tanya macam-macam. Almaklumlah...bukan mudah nak kenal pasti seseorang tu berlakon miskin atau sememangnya miskin dan aku tak nak silap langkah dalam memilih peserta yang dicadangkan. Huiii...bukan senang wo!!! Manusia ni sememangnya banyak akal. Biar tak pandai asalkan jangan memandai-mandai...dan golongan inilah yang paling banyak aku jumpa. Berlakon macam lagak miskin padahal punya harta dan kemampuan. Aku pun tak tahu laaaa...apa punya manusia yang suka ambil kesempatan terhadap bantuan yang disediakan untuk golongan yang tak bernasib baik..

Aku teringat satu insiden masa aku memula masuk kerja dulu. Hal yang sama berlaku. Datang mengaku miskin padahal datang ke opis aku naik kereta wira yang boleh dikatakan agak baru. Gila apa!!! Masa tu senior aku ada sekali...korang nilai la sendiri berdasarkan dialog yang aku buat ni dan dialog ni adalah berdasarkan situasi sebenar yang berlaku didepan mata aku...dialognya lebih kurang mcmni...

Pelakon Lagak Miskin (PLM) : encik, sy nak mohon bantuan rumah baru..
Senior (S) : Nak tanya sebelum tu..kamu ni Islam ke?
PLM : Ye encik..
S : ooo..Islam...ingat kot bukan...sbb masuk opis sy ni tak bagi salam..tetiba je nk mintak bantuan sy..
PLM : minta maaf la encik...
S : kita ni orang Islam, ada adab..bukan main redah je!
PLM : mcmana encik?boleh ke sy mintak bantuan rumah baru?
S : kamu ni kerja apa?
PLM : sy kerja kampung je.
S : pendapatan bulanan?
PLM : cukup2 makan je encik...adala dalam 3,4 ratus sebulan.
S : betul ni? tp kalau ikut maklumat yang sy dapat, kamu ada tanah 3,4 ekar. siap ada bela kambing lagi?kiranya kamu ni berkemampuan la kan?
PLM : ehhh..mana ada encik? sy ni kerja kampung je encik...
S : ke kamu nak sy doakan kamu ni susah?
PLM : apa doa-doa ni encik?ada pulak minta sy jadi susah...(mula naik angin) encik ni nak bantu sy ke tak?mcm ni ke kerja?
S : kamu jangan buat aku naik angin!
PLM : habih tu encik nk doakan sy susah tu tak pe pulak?
S : memang pun!sebabnya kamu bohong dengan aku! aku nampak kamu datang sini naik wira.kalau tak silap aku kereta tu baru je keluar dalam 3,4 tahun lepas. tengok nombor plat pun aku dah tahu. kamu tak tahu malu ke?dah la berkemampuan, tapi mengaku miskin! aku tahu la rumah bantuan tu rumah free! malu la sikit kalau nak ambik kesempatan pun!kalau bukan hak kamu, kamu ambik...apa hukumnya???
PLM : takpe la encik, sy balik dulu (muka merah padam menahan malu)

so..korang nilaikan sendiri situasi tu. Aku berterima kasih laaaa pada senior aku sebab bagi tunjuk ajar pada aku tentang helah-helah yang biasa digunakan untuk minta bantuan. Aku mohon pada Allah agar sentiasa melindungi aku dari tersilap langkah dalam memilih calon untuk aku ketengahkan sebagai penerima bantuan. Kerja siasatan bersama staf aku selesai dalam jam 1830hrs. Melalui siasatan tu, aku dah dapat calon untuk aku sokong dan aku singkirkan. Thanx untuk staf aku atas komitmen yang diberikan. Bersama-sama dengan aku even dalam masa bercuti.

Akhirul blog, fikir-fikirkan...manusia dikurniakan kemampuan yang berlainan. Salah satu dugaan adalah kemiskinan dan tak berkemampuan. Adalah mudah untuk kita menjadi miskin baik dari segi harta atau akhlak. Tapi kemiskinan itu bukanlah satu batu loncatan untuk seseorang mengambil hak orang lain yang sememangnya bukan hak orang tersebut. Rezeki Allah bagi dan rezeki itu bertambah apabila kita sentiasa berbakti kepada orang lain baik dari segi harta atau tenaga dan juga masa, doa daripada orang lain dan selalu bersyukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan buat kita.

Wassalam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home