Monday, February 14, 2011

201102014...12 Rabiulawal 1432 Selawat dan Salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W

salam....

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya ayat 107)

aku mulakan sesi ini dengan selawat buat junjungan besar Muhammad S.A.W, pembawa rahmat seluruh alam...

hari ni sebenarnya aku agak kelam kabut dengan segala hal yang harus aku uruskan dan mesti aku selesaikan sebelum aku kena pergi kursus minggu depan...adeh!! hari ni aku kena buat siasatan terhadap golongan-golongan miskin dan mereka-mereka yang mengaku miskin. terlalu banyak yang mengaku miskin dan kekurangan padahal mereka mampu dan lebih dari mampu. aku punya pendapat cukup mudah...mereka yang benar-benar miskin takkan mengaku mereka ini miskin dan tak mengharapkan bantuan daripada pihak lain. bab ni aku tabik pada golongan ni. dan golongan yang satu lagi boleh buat aku menyampah yang amat sangat. tapi demi tanggungjawab, aku mesti laksanakan...

tinggal bab tu..kang kalau aku terlebih emo payah lak...aku bukan boleh bab-bab ni...hehehe!!!

hari ni malam 12 Rabiulawal..pada aku,ini adalah detik yang cukup-cukup bermakna dan bersejarah buat sekalin umat manusia amnya dan khususnya buat umat Islam. lahir Muhammad S.A.W membawa rahmat buat sekalian alam...ya Allah...agungnya tentuan takdirMu..syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia rahmatNya dengan mengurniakan seorang hambaNya yang membawa rahmat dan cahaya buat seluruh alam yang dahulunya penuh kelam. seingat aku seperti yang ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah aku pernah cerita kat aku masa sekolah dolu-dolu, sebelum lahirnya hamba Allah yang cukup-cukup mulia yang menjadi kekasih Allah, tentera Abrahah menyerang kota Mekah Al-Mukarramah dengan tentera bergajah..dan Allah hancurkan mereka dengan mengutus dan memerintahkan burung-burung ababil membawa batu-batu dari neraka. dan akhirnya hancurlah tentera Abrahah itu seperti daun-daun yang dimakan ulat. lanjutan dari itulah turunnya Surah Al-Fil yang membawa maksud Gajah..dan selepas peristiwa serangan itu, lahirnya Muhammad S.A.W..dan tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Gajah.

kata para ustaz dan ustazah aku lagi, saat kelahiran Rasulullah adalah detik yang cukup-cukup indah dan sekalian alam menyambut keputeraan Rasulullah dengan penuh rasa syukur dan gembira dan alam ni bagai disinari dengan cahaya yang amat menakjubkan. sudah semestinya! lahirnya kekasih Allah yang membawa cahaya menyuluh kegelapan alam semesta.

itu baru saat kelahiran. bayangkan semasa kekasih Allah ini hidup..walau penuh dengan dugaan dan rintangan, semua ini menguatkan lagi azam Rasulullah untuk menyebarkan agama Islam dan menjadikan Islam satu pegangan yang berdiri kukuh. hasilnya dapat kita lihat sekarang. betapa Islam itu subur dengan pengorbanan dan kasih Rasulullah S.A.W. walaupun dihujani dengan pelbagai fitnah oleh mereka yang bencikan kesuburan Islam, Islam terus subur dan mekar.

kini, Rasulullah dah wafat dan meninggalkan kita. Rasulullah hanya tinggalkan buat kita 3 perkara yang cukup-cukup berharga sebagai panduan. Al-Quran,Hadis dan Sunnah Rasulullah. kerana pengorbanan dan kasih Rasulullah dan tertegaknya Islam di muka bumi ni, Rasulullah menjadi manusia yang hebat dimuka bumi sungguhpun sanjungan bukanlah menjadi kehendak Rasulullah.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. (Surah Ali Imran ayat 159)

bayangkan betapa bila Rasulullah wafat, seluruh alam bersedih. setiap makhluk dibumi dan dilangit hiba dengan kewafatan Rasulullah. itu cerita ratusan tahun dahulu. tapi bukan cerita dogeng ke,cerita filem ke apa ke.ini kisah benar yang dikhabarkan untuk manusia zaman sekarang dan akan datang...

akhirul blog, fikir-fikirkan...satu selawat buat Rasulullah,sepuluh selawat Allah berikan untuk kita. kita kini hidup dengan kasih sayang daripada Rasulullah terhadap umatnya walaupun baginda tidak pernah bertemu dengan kita. sungguhpun Rasulullah telah wafat, kasih sayangnya buat kita tidak pernah berkurang..dan baginda Rasulullah S.A.W adalah pemberi syafaat untuk kita semasa disana nanti selagi kita amalkan warisan yang ditinggalkan oleh junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W untuk kita...

wassalam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home